widgeo.net

Thursday 21 November 2013

5 S

PENGENALAN 5 S:
           

         Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.

        

        seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.


Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

  HURAIAN S S:

SISIH(SEIRI)

Asingkan barang-barangan yang diperlukan dan tidak diperlukan di tempat kerja.

 contoh:

susun (seiton)

 Leta barang/alatan dalam susunan yang baik supaya mudah dicapai  apabila dipeluakan. 

CONTOHNYA:

sapu(seiso)

pastikan sentiap benda bersih,digilap dan di naik pulih. Tiada sampah atau kotoran di tempat kerja.
CONTOHNYA:

Seragam(seiketsu)

Mengekalkan 1s-3s dengan mewujudkan kumpulan 5s bagi memastikan komunikasi berkesan.
contohnya:

sentiasa amal(shitsuke)

Latih pekerja mengikut tabiat kerja yang baik dan mematuhi piamai yang dikehendaki serta meningkatkan pernambaikan tahap1s-3s.
contohnya


Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:


(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat; 
(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.

No comments:

Post a Comment